Pada awalnya, kami diberi 16 kumpulan di mana kumpulan ini terdiri daripada peserta dari pelabagi bidang, bangsa dan budaya. Saya memang sangat gugup dan malu dengan ahli kumpulan saya, tetapi saya cuba untuk menahan dan kontrol rasa malu tu dan cuba berbual dengan rakan baru. Alhamdulillah ada yang memberi respon yang positif. Sebenarnya, saya malu akan bahasa dan loghat yang saya guna kerana bahasa terlalu kasar dan baku. Tetapi alhamdulillah mereka boleh faham : yeayyyy!
Saya cuba mengenal tingkah laku yang di tunjukkan oleh rakan sekumpulan. Ada yang sekepala dengan saya, ada yang kurang tetapi saya gembira kerana mereka memberi tindak balas yang positif. Alhamdulillah. Nak di jadikan cerita, kami membuat banyak aktiviti berkumpulan dalam dewan tersebut. Contoh aktiviti yang kami lakukan ialah moto mania, dan sebagainya.
Selepas itu, kami di minta untuk membuat khidmat masyarakat atau bantu amal untuk mencari wang bagi menderma atau memberi sumbangan kepada rumah anak yatim. Mulanya, dalam satu kumpulan mempunyai 12 ahli. Kami sangat sukar untuk mencari rumah atau tempat yang meminta pertolongan. Akhirnya kami memutuskan untuk berpecah kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama akan bergerak sekitar Pintu Timur, manakala sekumpulan lagi bergerak sekitar Pintu Utara dan Selatan. Alhamdulillah syukur, dengan membuat kerja dan menolong membersihkan kawasan rumah orang, kami dapat mengumpuk rm174 wang. kami bersyukur dan berbangga kerana kami mampu mengumpul wang tersebut hanya dalam masa 3 jam saja.
Akhir sekali, kami menjadi kumpulan terbaik top 5. syukur alhamdulillah saya mendapat rakan kumpulan yang spoting, bijak, berani dan sabar. Saya sangat berbangga dengan rakan-rakan saya yang telah memberikan komitmen yang padu dan sangat komited. Terima kasih atas kerjasama yang telah anda berikan. Saya sangat menghargai perkenalan kita semua. Keep loving, keep supporting each other. Love y'all :)
Ahli kumpulan saya kumpulan 12
HUDA
FARAH
YAN
ERBY
DINIE
AZAM
RIL
YIN
IMAH
SIHA
My lovely coursemate
Mengemas rumah pemilik kedai ANGAH ICT
Kerjasama dalam kumpulan :)








