Monday, September 16, 2013

Kisah Cinta Part I : Cinta tidak harus berbentuk 'bunga'

Aku mencintai suamiku kerana sifatnya yang semula jadi dan aku begitu menyukai perasaan hangat yang muncul ketika aku bersandarkan kepala di bahunya yang bidang.

Tiga tahun dalam alam perkenalan, dan dua tahun dalam alam perkahwinan, harus aku akui bahawa aku mulai berasa lelah dan bosan dengan kehidupan berumahtangga dengannya dan alasan-alasan mencintainya dulu telah bertukar menjadi perasaan yang menjemukan.

Aku seorang wanita yang berjiwa sentimental dan benar2 sensitif serta berperasaan halus. Aku merindui saat2 romantis seperti seorang kanak-kanak yang inginkan belaian. Tetapi semua itu tidak lagi aku perolehi. Suamiku jauh berbeza dari apa yang aku harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah memusnahkan semua harapan tentang kehidupan cinta yang ideal.

Suatu hari aku beranikan diri untuk menyatakan keputusan untuk bercerai.

"Mengapa?". Dian bertanya dengan terkejut.

"Aku lelah, Kamu tidak pernah memberikan cinta yang aku inginkan"

Dia terdiam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan aku semakin bertambah. Seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaanya, apalagi yang aku harapkan darinya?

Dan akkhirnya dia bertanya, "apa lagi yang dapat akau lakukan untuk mengubah fikiranmu?"

Aku menatap matanya dalam-dalam  dan menjawab, "Aku ada satu pertanyaan, jika kau dapat menemui jawapannya, aku akan mengubah fikiranku: Seandainya aku menyukai setangkai bunga indah yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika kau memanjat gunung itu, kau akan mati. Apakah kau akan melakukanya untukku?"

Dia terdiam lalu berkata, "aku akan memberikan jawapannya esok."

Hatiku langsung gundah mendengar reaksinya. Keesokan paginya suamiku tiada di rumah. dan aku melihat selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah gelas susu hangat yang bertulis...

"Sayang, aku tidak akan mengambil bunga itu untukkmu, tetapi izinkan aku menjelaskan alasannya"

Kalimat pertama ini terus menghancurkan hatiku. Aku terus lantas membacanya.

"Sayang, kau biasa menggunakan komputer dan selalu menghadapi masalah kerosakan program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Aku harus memberikan jari-jariku untuk membantumu dan memperbaiki programnya."

"Kau selalu lupa untuk membawa kunci rumah ketika keluar rumah, dan aku harus memberikan kakiku supaya dapat menendang pintu, dan membukakan pintu ketika engkau pulang"

"Kamu suka jalan-jalan keluar kota tetapi selalu sesat di tempat-tempat baru kamu kunjungi. Aku harus menunggumu di rumah agar dapat memberikan mataku untuk mengarahkan jalan untukkmu"

"Kamu selalu kelelahan sewaktu 'teman baikmu' datang setiap bulan dan aku harus memberikan tanganku untuk memicit kakimu yang kebas."

"Kamu seorang yang suka diam di rumah, dan aku selalu khuatir kamu akan menjadi 'aneh', dan aku harus membelikan sesuatu yang boleh menghiburkanmu atau meminjamkan lidahku untuk menceritakan hal-hal yang lucu yang aku alami"

"Tanganku akan memegang tanganmu, membimbingmu menyusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar seperti wajahmu yang indah."

"Tetapi sayang, aku tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana aku tidak sanggup melihat airmatamu jatuh menangisi kematianku"

"Sayangku, aku tahu di luar sana ada banyak yang mampu mencintaimu lebih dari aku mencintamu."

"Untuk itu sayangku, jika semua yang telah kuberikan dengan tanganku, kakiku, mataku, tidak cukup bagimu, Aku tidak dapat menahan dirimu mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakanmu"

Air mataku jatuh di atas tulisannya dan membuat tintanya menjadi kabur, tetapi aku tetap berusaha membaca selanjutnya.

"Dan sekarang sayangku, kamu telah selesai membaca jawapanku. Jika kau berpuas hati dengan semua jawapan ini dan tetap menginginkanku untuk tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita. Aku sedang berdiri di luar pintu menunggu jawabanmu"

"Jika kamu tidak puas sayangku, izinkan aku masuk untuk mengambil barang-barangku. Dan aku tidak menyusahkan hidupmu. Percayalah, kebahagiaanku adalah apabila kau bahagia."

Aku segera berlari membuka pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah keliru sambil memegang susu dan roti kesukaanku.

Oh kini baru aku tahu, tidak ada orang lain yang pernah mencintaiku lebih dari dia mencintaiku. Itulah cinta, disaat kita merasakan cinta itu beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasakan pasangan kita tidak dapat memberikan cinta dalam bentuk yang kita inginkann, maka sesungguhnya cinta itu telah hadir dalam bentuk cinta yang kita tidak pernah bayangkan.

Seringkali yang kita perlukan adalah memahami bentuk cinta dari pasangan kita, dan bukan mengharapkan bentuk tertentu kerana cinta tidak selalu harus berbentuk 'bunga'



Had fun with them at Tasik Embayu Proton city, Tanjung Malim.

Assalamualaikum Blogger-ians. Esok dah nak start kuliah. Masuk minggu yang ke3. Owlololo, ingatkan dah sebulan dekat sini. Rasa dah lama sangat. Esok kelas aural, percussion and gendangan melayu. Jangan lecturer mat salleh sudah. Hahaha. Dalam minggu nie, kami kena arahkan cari instrument untuk major yang kami ambil. Alamak! belum prepare satu pun. Sebab dalam borang tu aku isi 1)vocal 2)violin 3)flute.
Sebenarnya aku nak ambil piano tapi masalahnya mereka cakap susah sangat nak bacaa kod nya. Tak tau lah nie. Malam nie practice nyanyi sebab esok insyaallah kami perlu jumpa lecturer vocal technique. Susahnya tu. Sabar jelah. kikikikiki.

Nak dijadikan ceta selama cuti 4 hari nie, housemate yang dekat rumah semuanya balik. Tinggal lah kami Sabahan, Sarawak, Johor, Terengganu n Kelatan yang tak balik. Sedihnya. Takpe, cuti hari raya haji dan study week nanti aku balik tempat kakak di KL. Insyaallah. Sharing my story, tadi kita orang pegi dekat Tasik Embayu Proton city. Planning nak jalan kaki. Tapi oleh sebab ada kemudahan menyewa basikal rm2 sejam, kami berbasikal lah pegi dekat Tasik tuu. Ya Allah, Tuhan saja yang tau bagaimana penatnya rasa mengayuh basikal. Jauh tu beb! Alahai. Yang penting keluar peluh, sihat, release tension. (eleh, tensionn apa juga?) hahaha. Apa yang menariknya, tempat tu memang khas untuk beriadah. Tempat dating pun boleh. Sweet gtuuu. Hahahaha. Alhamdulillah kami semua selamat pergi dan selamat sampai di kediaman masing2.
Ada masa, kami round lagi tasik nie.






Sunday, September 15, 2013

favourite quote ever to motivated my self

Believe in yourself! Have faith in your abilities! Without a humble but reasonable confidence in your own powers you cannot be successful or happy.
If you don't design your own life plan, chances are you'll fall into someone else's plan. And guess what they have planned for you? Not much.
 The will to win, the desire to succeed, the urge to reach your full potential. these are the keys that will unlock the door to personal excellence
 Optimism is the faith that leads to achievement. Nothing can be done without hope and confidence.
 Learn from the past, set vivid, detailed goals for the future, and live in the only moment of time over which you have any control: now.

Assalamualaikum. Hello! Aku lupa aku sebenarnya nak kongsikan course yang aku ambil dekat UPSI nie. Aku dari kecil memang minat sangat menyanyi. Ikut pertandingan menyanyi pun pernah. That's why aku isi upu dulu aku letak Muzik dalam pilihan kedua. Syukur, lulus ujian Medsi aku di panggil interview dekat UMS. Syukur alhamdulillah juga aku dapat course nie. IJAZAHA SARJANA MUDA PENDIDIDKAN (MUZIK). Sampai Upsi ingatkan student muzik nie ramai. Rupanya sikit. Aku ingatkan course muzik nie senang. Ya Allah, susah sangat. Lecturer kebanyakannya mat salleh you know. OMG! Tapi aku anggap ini cabaran buat aku. Aku bukannya sepatah haram tak faham orang puteh pun. Aku tau lah cuma tak berapa terer. Budak muzik nie semuanya hebat2 berspeaking. Redha jelah. Hahahaa. Apa yang memeningkan kepala aku, kod muzik nie memang semuanya susah2. Tidak apa Nany, pelan2 akan belajar la tu. Keep calm and study!


student Muzik degree ambilan september 2013 nie sikit jer. Kita ada 24 orang sebenarnya. Tapi kawan sorang tu dah drop. homesick agaknya. Dengar khabar Patin(pakai tudung sebelah kanan) tu pun nak drop course nie. Tak tau la kenapa. Forget it. This is my coursemate. Semuanya ada basic. Budak Cina dua orang tu pun dah gred 8 kelas piano. Alahai, banyaknya saingan. I try my best. InsyaAllah. Student lelaki lagi ramai dari kami. Tapi belum kenal semuanya. Hehe (:

Campus Life. Upsi-ians.



Im here, University Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Syukur Alhamdulillah dapat masuk ipta. Result Stpm tidaklah segempak mana tapi doa tambah usaha selepas dapat result tu pun penting. 31 Ogos Mama, papa, kak long & Anim hantar aku ke airport, sedih untuk berpisah dengan mereka. Tapi aku hanya mampu memeluk dan mencium tangan mereka. Air mataku tahan dahulu. Biarlah mereka nampak aku seorang yang mampu dan kuat di perantauan. Thanks Allah, perjalanan aku selamat. Aku bersedia untuk hidup sebagai student di mana makan minum aku tanggung sendiri. Can I survive my own self? Insyaallah, wish me luck (:
Powered By Blogger