1.1 Pengenalan
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada 'bloggerians' sekalian. Kami pelajar dari fakulti muzik dan seni persembahan menjalankan tugas bagi subjek Pembangunan Sahsiah (KKD2063) yang bertajuk Isu sahsiah Guru. Kami berharap blog kami akan membawa manfaat kepada bakal-bakal guru atau pengguna laman sosial untuk mencari maklumat.
Sirih Berlipat sirih pinang,
Sirih dari pulau mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka kata.

.jpg)
.jpg)
Profesion
guru merupakan profesion yang sangat mulia dalam proses pembangunan masyarakat
dan negara. Dalam
era globalisasi sekarang, peranan dan tanggungjawab guru semakin mencabar.
Menurut Kamus Pelajar (2008), guru ialah orang
yang kerjanya mengajar, pengajar dan pendidik. Seorang guru haruslah memiliki
ciri-ciri yang unggul sebagai penyampai ilmu, pembimbing, penyemai nilai murni,
pemberi pedoman hidup dan teladan kepada pelajar. Guru sebagai pendidik haruslah
mempunyai iltizam untuk mencapai aspirasi-aspirasi yang terdapat dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Guru harus bersedia untuk melaksanakan strategi
pengajaran dan pembelajaran baru bagi melahirkan insan yang harmonis dan
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Selain itu, guru
perlulah sentiasa menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajar agar mereka dapat
menuju ke arah hakiki. Bimbingan, kasih sayang dan asuhan guru, dapat
melahirkan insan yang bersikap penyayang dan berfikiran terbuka. Pelajar yang
bersahsiah mulia dapat menjanakan pembangunan negara.
Isu sahsiah guru yang dihadapi oleh
ahli kumpulan terdapat sahsiah guru positif dan negatif. Sahsiah guru positif
adalah perkara yang dilakukan oleh seorang guru yang dapat dibanggakan dan
meningkatkan profesion perguruan. Sebagai contohnya, guru sanggup mengorbankan
masa cuti sekolah dengan mengajar pelajar-pelajar yang akan menghadapi
peperiksaan SPM dengan memberikan tuisyen percuma. Selain itu, sahsiah guru
positif yang didapati adalah amanah, dedikasi, penyayang, bijaksana dan
sebagainya.
Isu sahsiah negatif adalah segala
isu yang berkaitan perkara yang tidak dijangka dan memalukan bidang pendidikan.
Isu sahsiah guru negatif yang biasa kelihatan ialah penyalahgunaan masa guru.
Walaupun isu tersebut kelihatan remeh tetapi tanpa pengawasan daripada pihak-pihak
bertanggungjawab, hal ini akan membawa kesan buruk kepada pelajaran pelajar. Kita juga kerap kali dikejutkan dengan isu-isu negatif mengenai sahsiah
guru. Antaranya ialah isu guru rogol pelajar, guru dera pelajar, guru ponteng
sekolah dan sebagainya. Isu-isu ini merupakan tindakan keterlaluan dan
memalukan warga guru. Hal ini juga menyebabkan profesion perguruan tidak
dipandang oleh
Kumpulan kita memilih
untuk menghasilkan produk Kit Pembangunan Sahsiah iaitu blog. Pada zaman yang canggih dengan
teknologi, blog memainkan peranan yang penting dalam menyebar dan berkongsi
maklumat. Blog digunakan untuk memberi informasi kepada masyarakat umum tentang
isu sahsiah guru yang berlaku di Malaysia. Blog ini dapat memberikan pendedahan
kepada bakal guru tentang sahsiah seorang guru yang harus diamalkan. Hal ini
dapat mengelakkan bakal guru mencontohi dan mengamalkan sahsiah negatif yang mendatangkan kesan buruk dalam bidang
pendidikan.
Selain itu, guru boleh menggunakan blog untuk bertukar
maklumat dengan guru lain dan dijadikan alat bantuan pembelajaran untuk
menyebarkan maklumat yang berfaedah.
Melalui blog, pelajar-pelajar juga tidak jemu untuk
membaca maklumat yang disebarkan. Hal ini disebabkan blog lebih menarik
berbanding dengan surat khabar, buku dan majalah yang hanya terdapat tulisan
sahaja. Blog digunakan untuk berkongsi perasaan, pengalaman, pengetahuan dengan
menggunakan video, lagu, gambar dan tulisan.
Blog atau produk yang kami hasilkan adalah melalui
Etika Perguruan dan Standard Guru Malaysia, Teori Belajar Humanistik dan Teori
Maslow. Kami memilih untuk membincangkan tentang isu yang jarang disentuh dalam
akhbar atau sumber bacaan ilmiah seperti majalah Dewan dan sebagainya. Selain
itu, kami juga membincangkan tentang sahsiah positif dengan mengaitkan Teori
Belajar Humanistik dan Teori Maslow. Di dalam Etika Perguruan dan Standard Guru
Malaysia terdapat beberapa pekara yang menyentuh tentang aspek penggunaan masa
dalam kalangan guru.
Melalui
blog yang kami hasilkan, bakal guru-guru dan guru-guru terdedah dengan info
yang kami berikan bahawa sahsiah yang membangun adalah sangat penting dalam
mencurahkan ilmu kepada masyarakat.
4. Pendekatan Etika
Perguruan dan Standard Guru Malaysia.
4.1 Etika perguruan (isu sahsiah positif)
Guru-guru
haruslah menepati setiap etika yang terkandung dalam Etika perguruan yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Terdapat beberapa etika
dan tanggungjawab dalam profesion perguruan iaitu,
a) Etika perguruan.
b) Etika Kerja KPM.
c) Nilai-nilai Utama Kerja KPM.
d) Etika Profesion Perguruan.
e) Peranan seorang Guru.
f) Aspek dalam etika perguruan.
4.2 Pekeliling mengenai
Etika dalam profesion perguruan
Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan pekeliling mengenai etika dalam
profesion perguruan. Di dalam pekeliling tersebut, terkandungnya Etika
Pengurusan Masa yang perlu dipatuhi oleh guru-guru di Malaysia. Etika
pengurusan masa menyentuh tentang waktu kehadiran guru-guru ke sekolah, ketika
memasuki kelas, mengajar mengikut jadual waktu, semak buku latihan murid dan
memberi bimbangan. Dalam hal ini, guru perlulah mematuhi segala pekeliling yang
diisukan oleh KPM agar dapat menjana sahsiah positif dalam kalangan pendidik
serta dapat menggunakan masa tersebut untuk memberikan didikan yang secukupnya
kepada murid-murid di sekolah.
4.3 Komponen standard
Komponen
standard adalah penyataan tentang komponen yang perlu dicapai oleh guru untuk
menghasilkan pendidik yang memenuhi standard perguruan di Malaysia. Terdapat
tiga perkara dalam Komponen Standard yang utama iaitu,
a) Amalan Nilai profesionalisme
keguruan.
b) Pengetahuan dan kefahaman
c) Kemahiran Pengajaran dan pembelajaran.
4.3.1 Kemahiran
Pengajaran dan Pembelajaran
Seperti
yang telah disentuh dalam artikel, bahawa sebahagian guru membuang masa ketika
mengajar dan sebagainya. Perkara seperti ini dapat dibendung jika guru tersebut
menerapkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dengan
kaedah-kaedah yang sesuai. Apabila guru Berjaya merancang pengguna masa dengan
betul, maka proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancer,
bermakna dan berkesan.
6.1 Isu Sahsiah Guru
Isu sahsiah guru dapat dilihat daripada pengertian yang diberikan
terhadap dua perkataan iaitu ‘isu’ dan ‘sahsiah’. Terdapat pelbagai isu yang
diketengahkan mengenai sahsiah seseorang yang bergelar guru. Guru diberi amanat
untuk mendidik anak bangsa, membentuk mereka menjadi insan yang berketerampilan
dan sebagainya.
Berdasarkan Arshad Khan
(2001) yang memetik kata-kata Datuk Mahadzir Mohd. Khir memberitahu bahawa dari
tahun 1995 hingga 2001, sebanyak 41 kes keruntuhan moral membabitkan guru
dilaporkan. Berdasarkan link video yang telah dikongsi, tindakan yang dilakukan
oleh guru tersebut sangat mencabar kredibiliti profesion perguruan.
- Sahsiah
negatif
Isu semasa: Isu profesionalisme guru
http://kembarailmuupsi.wordpress.com/tag/semasa/
Sumber: Kembara Ilmu Upsi
” guru tidak menepati masa memasuki kelas, guru tidak menyampaikan isi pengajaran dengan bersungguh-sungguh, guru mengajar tidak mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian, guru tidak menepati masa keluar daripada kelas, guru menggunakan masa di sekolah dengan melakukan kerja yang tidak berkaitan dengan pendidikan misalnya melayari facebook, ber’chatting’, bergosip, melepak di kantin, guru melakukan kerja sambilan di malam hari (misalnya mengajar tuisyen, berniaga di pasar malam) hingga menjejaskan produktivitinya dalam menyampaikan P&P di siang hari dan banyak lagi."
Petikan dari blog Kembara Ilmu Upsi, penulis memiliki pengalaman masa lampau sebagai seorang pelajar dan memberikan pendapat tentang isu-isu sahsiah yang tipikal dalam kalangan guru. Salah satu isu profesionalisme dalam kalangan guru yang kerap terpampang pada muka akhbar adalah penyalahgunaan masa. Penulis menyatakan bahawa, guru menggunakan masa terluang untuk melakukan aktiviti yang kurang berfaedah ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.
Isu profesionalisme ini dapat dibendung melalui penerapan teori-teori yang bersesuai dengan masalah yang dihadapi di setiap sekolah. Pengurusan bilik darjah berada pada tahap yang kurang memuaskan, perkara ini akan menyebabkan proses P&P kurang efektif untuk dijalankan. Dalam hal ini, isu penyalahgunaan masa dapat dibendung dengan menerapkan Etika Perguruan dan Standard Guru Malaysia dalam diri guru agar dapat membangunkan ciri-ciri sahsiah yang positif.
- Guru
memukul pelajar sambil merokok
Seorang guru tidak segan memukul kepala pelajar di
kepala berkali-kali sambil merokok.
Berdasarkan link video yang kami perolehi daripada you tube, video tersebut memaparkan tentang isu sahsiah guru yang negatif. Kejadian ini berlaku di Kota Jayapura, Indonesia pada tahun 2013 dan mengaitkan isu sahsiah seorang guru yang negatif.
Sahsiah guru tersebut boleh dikaitkan dengan
personaliti berdasarkan teori-teori
aliran psikodinamik yang menekankan kepentingan pengalaman masa lampau di zaman
kanak-kanak dan pengaruhnya kepada pembentukan tingkah laku seseorang apabila
dewasa. Berdasarkan video tersebut, kemungkinan pengalaman masa lampau guru
tersebut menggambarkan keadaan tempat membesar yang kurang baik dan harmoni.
Hal ini menyebabkan tingkh laku guru tersebut lebih cenderung untuk
melakukan tindakan dengan memukul
pelajarnya tanpa berfikir panjang.
Dalam
teori ini, freud mengatakan dan percaya bahawa individu yang mengalami masalah
dipulihkan dengan membawa pemikiran-pemikiran atau dorongan-dorongan pada tahap
tidak sedar kepada sedar dan seterusnya memperolehi celik akal. Kaedah
menyelesaikan isu ini ialah, melakukan
proses psikoterapi melepaskan emosi atau pengalaman lampau. Dalam teknik ini,
pelbagai teknik sebagai galakan kepada guru tersebut untuk mendapat celik akal
dari tingkah laku dan simptom-simptom yang ditunjukkan oleh guru tersebut.
Teknik yang sering digunakan dalam teori ini adalah seperti ‘parapraxes’,
perkaitan bebas, interprestasi, analisa mimpi resistan dan transferen.
- Guru tumbuk empat
pelajarnya hingga berhamburan darah
SITIAWAN
- Empat pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah di sini melalui detik
menakutkan apabila seorang guru lelaki mengamuk dan bertindak membelasah mereka
sehingga mengalami kecederaan kelmarin.
Dalam
kejadian pukul 5 petang di makmal komputer sekolah itu, guru berkenaan didakwa
menendang sebelum menumbuk dua pelajar lelaki dan dua pelajar perempuan.
Seorang
pelajar lelaki berusia 13 tahun mendakwa, dia ditendang di muka oleh guru
tersebut hanya kerana tidak membawa buku latihan.
"Akibat
perbuatan guru tersebut, saya mengalami pendarahan di bahagian dagu dan dibawa
oleh dua orang rakan ke bilik guru untuk membuat laporan.
"Saya
sempat memaklumkan kejadian tersebut kepada keluarga sebelum mereka datang membawa
saya untuk membuat laporan polis," ceritanya.
Seorang
lagi mangsa yang merupakan pelajar perempuan mendakwa, dia menerima nasib sama
apabila guru yang bagaikan dirasuk bertindak keluar dari makmal komputer dan
menumbuk lima kali di bahagian mukanya.
Sumber: Kosmo! Online
Media massa
sering memaparkan berita tentang guru memukul pelajar tetapi tidak pernah kita
dengar tentang seorang guru dalam 20 minit di dua tempat dalam sekolah
melakukan kasar terhadap pelajarnya dengan menumbuk dan menendang pelajarnya
hingga cedera dan berhamburan darah. Kes pertama ialah sekumpulan pelajar
perempuan tingkatan satu bermain air di luar kelas dan air terkena guru.
Tiba-tiba guru ini mengamuk dan menumbuk salah seorang pelajar mengakibatkan
mata dan hidung pelajar bengkak, mulut berdarah, cermin mata pecah dan dihantar
ke hospital untuk dirawati. Kes dua ialah pelajar tidak membawa buku latihan
untuk kelas komputer, guru tersebut terus menendang ke muka pelajar dan
mengamuk hingga dua pelajar lain juga ditendang.
Kejadian sedemikian menyebabkan imej
profesion keguruan terjejas di mata masyarakat akibat kesalahan yang dilakukan oleh segelintir guru. Hukuman atau tindakan yang dilakukan
oleh guru tersebut telah keterlaluan. Sebagai seorang guru, kami haruslah mematuhi
etika perguruan dengan mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu dalam
keadaan tidak rasional. Tindakan
disiplin tidak harus menimbulkan sifat marah ataupun dendam yang mendalam
kerana keadaan ini menggagalkan tujuan sebenar hukuman dikenakan. Kejadian
ini menimbulkan kesan buruk di jiwa pelajar kemungkinan mereka akan mengalami
kemurungan dan masalah psikologi. Oleh itu, guru haruslah berpegang kepada
nilai murni dengan mengelakkan diri daripada nafsu marah dan bertindak
terburu-buru.
2. Isu sahsiah positif
- Guru
komited mendidik anak bangsa
Aplikasi Teori Belajar Humanistik
Pembelajaran
merupakan salah satu penekanan yang penting dan bersifat eklektik. Tujuannya
adalah memanusiakan manusia atau mencapai aspek kesedaran dalam diri. Menurut
aliran humanistik, para pendidik seharusnya melihat keperluan yang lebih tinggi
dan merancang pendidikan serta kurikukum untuk memenuhi keperluan-keperluan
ini. Beberapa ahli psikologi humanistik melihat bahawa manusia mempunyai
keinginan semula jadi untuk berkembang, untuk menjadi lebih baik, dan juga
untuk belajar.
Dengan menggunakan teori belajar
Humanistik, seorang guru mengaplikasikannya untuk menjadi seorang guru yang sentiasa berdedikasi dan meletakkan
setiap anak didik itu sebagai aset berharga untuk negara. Berdasarkan artikel
tersebut, menunjukkan peranan seorang guru dalam meningkatkan prestasi pelajar.
Oleh itu, dalam hierarki keperluan Maslow dapat membantu guru memahami siswa dan menciptakan lingkungan untuk
meningkatkan pembelajaran. Kemampuan bertindak positif ini yang disebut sebagai
potensi manusia dan para pendidik yang beraliran humanistik biasanya
memfokuskan pengajarannya pada pembangunan kemampuan positif ini.
video ini berkisarkan tentang sebuah kisah di mana, seorang guru penyayang yang tabah mendidik pelajarnya, walaupun pelajar tersebut mempunyai masalah disiplin. Seorang guru mampu mengubah pelajarnya menjadi seorang insan yang berjaya. Oleh itu, seorang guru haruslah mempunyai ciri-ciri penyayang dan peduli akan masalah yang dihadapi oleh pelajarnya.
Tingkah laku yang ditunjukkan oleh seseorang guru dapat mempamerkan sahsiah dirinya. Tingkah laku ini terhasil daripada pemikiran dan keadaan emosi seseorang di dalam sesuatu situasi ketika itu. Terdapat dua kategori tingkah laku yang ditunjukkan oleh para guru iaitu pertama, tingkah laku yang buruk atau tingkah laku negatif dan kedua, tingkah laku yang baik atau positif.
Salah satu ciri sahsiah unggul yang terdapat
dalam nilai murni Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) (2003) adalah penyayang.
Guru yang mengamalkan nilai ini bersifat bertimbang rasa dan suka mengambil
berat dalam melaksanakan tugas. Menurut hierarki keperluan Maslow, kasih sayang
adalah satu keperluan asas yang perlu dipatuhi dan sesuatu yang penting dalam
proses perkembangan dan kehidupan. Program Amalan Guru Penyayang merupakan hasrat KPM melahirkan semua guru yang mengamalkan budaya kasih sayang di sekolah.
Dalam kajian Rohani Arbaa dan
Nordin Abdul Razak (2010), mendapati hubungan guru dengan pelajar dikenal pasti
sebagai ciri kualiti guru yang menjadi peramal terbaik bagi meningkatkan
komitmen pelajar. Menurut Good dan Brophy (2002), guru yang mesra dengan pelajar dapat bekerjasama dengan murid-muridnya dalam menjayakan aktiviti di dalam bilik darjah. Guru yang dapat berhubung baik dengan murid-muridnya akan dapat mengenal pasti kebolehan murid-muridnya. Hal ini membolehkan guru membantu murid memperbaiki prestasi akademik mereka. Media massa sering memaparkan tentang kejayaan
dan kecemerlangan pencapaian akademik para pelajar menunjukkan salah satu cara
kejayaan dicapai oleh pelajar keranan mempunyai hubungan yang baik dengan guru.
Peningkatan prestasi murid akan menyumbang kepada peningkatan konsep kendiri
mereka.
Masalah disiplin di sekolah yang
berlaku di sekolah boleh ditangani apabila wujudnya sekolah penyayang. Pelajar-pelajar yang bermasalah,
khususnya disiplin, diberikan bimbingan melalui sistem mentor-mentee, iaitu
program “Pelajarku Anakku”. Impaknya, pelajar lebih berminat untuk
datang ke sekolah setiap hari tanpa berasa sebarang tekanan serta mempunyai
hubungan akrab dengan guru dan pihak sekolah.
Kesimpulannya,
Program Guru Penyayang dapat melahirkan guru yang bersifat prihatin
dan menyayangi murid secara ikhlas. Guru yang bersifat penyayang
dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi rohani, emosi, intelek, jasmani
dan disiplin diri yang tinggi.
7. Kesimpulan
Pelbagai isu
yang berkaitan dengan sahsiah guru
sering dipaparkan melalui media massa. Berdasarkan tugasan projek ini, kita
didedahkan dengan pelbagai maklumat yang berkaitan dengan isu sahsiah guru dan
pengalaman yang dialami oleh kita. Sebagai seorang bakal guru, kita juga mengetahui
tentang kod etika profesion perguruan dengan jelas dan mematuhinya.
Melalui tugasan projek ini, kita
boleh berfikir secara kreatif untuk menangani setiap masalah yang berlaku. Kita
juga mempelajari tentang kemahiran baharu semasa menghasilkan produk ini iaitu
membina sebuah blog laman ilmu secara berkumpulan.
Perlakuan seorang guru sentiasa
diperhatikan dan ditiru oleh pelajar. Hal ini disebabkan guru merupakan cermin
keperibadian pelajar. Guru yang bersahsiah unggul dapat membantu untuk melahirkan
modal insan yang berkualiti, berketerampilan dan berperibadi mulia. Isu
sahsiah dapat dielakkan berlaku jika setiap guru
mematuhi kepada etika perguruan, Standard Guru Malaysia dan nilai murni
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) (2003). Oleh itu, guru-guru haruslah
mengamalkan nilai profesionalisme keguruan untuk meningkatkan imej profesion perguruan di
Malaysia yang sesuai dengan aspirasi negara dan masyarakat.
Nama: Miraihani Binti Muhinin
No Matrik: D20131064097
Nama: Keng Ann Nie
No Matrik: D20131064086
Nama: Fera Mesol
No Matrik: D20131064101
Nama: Muhammad Nur Aliff Firdaus Bin Jaafar
No Matrik: D20131064079
KUMPULAN : C
PENSYARAH : En. Che Anuar bin Che Abdullah
Tup! Tup! Tup! Dah sampai kesimpulan kan? Tak pelah, nanti rajin-rajinlah view blog kitorang ye. Harap kerjasama anda semua. Terima kasih viewer sekalian.