Saturday, December 6, 2014

WOODWIND PRESENTATION (TEACHING PORTFOLIO) -CLARINET-

The five part of clarinet is :

1) Mouthpiece













2) Barrel












3) Upper Joint




4) Lower joint















5) Bell














6) Reed














ASSEMBLY OF THE CLARINET


Make sure if you want to open your clarinet case, please put your clarinet in the right position because if you open the case in the wrong position, your clarinet will drop and broke. The brands in the upper of the case. Be careful!!  
Before you start your assemble, make sure you have a cork grease and put it on every cork. You can buy it from music store. Remember! Don't put it too much because the part will easier to fall apart.



1) Placing the lower joint in the right hand with the rings and holes facing upward. Take your upper joint in left hand. Hold the bottom of lower joint. Place the ring finger on the lowest ring which when depressed, raises the bridge key extending over cork on the bottom end of that joint. Insert the upper joint tenon into the lower joint in a twisting motion until the joints are flush together. The upper bridge key is exactly lined up with the lower bridge key. ALWAYS USE TWISTING MOTION. DON NOT PUSH THEM IN PRESSURE!!


2)Now cradle the two joints in the palm of the right hand with the thumb rest against the right thumb.
Take the bell with left hand with the left hand and twist it onto the bottom of the lower joint until the two pieces are flush together.




3) Take th three assembled pieces with the left hand around the upper joint, again being careful not to bend any key mechanism. Then, take barrel in the right hand and twist the wider end of the barrel onto the upper joint's top tenon until the two pieces are flush together and the labels are lined up. Be careful to the left hand around the upper joint.





4) To complete the assembly, take the assembled parts with the left hand around the upper joint. With the right hand, take the mouthpiece without the reed, ligature, or cap and twist it into the top of the barrel, ining up the hole in the mouthpiece with the register key on the back of the clarinet. The ligature holds the reed in place on the mouthpiece. The widest part of the ligature is the bottom, and the screws on the right side. To attach the reed to the mouthpiece, place the moistened reed on the mouthpiece with the flat side of the reed resting o the flatbed of the mouthpiece. Line ups the tip of the reed with th tip of mouthpiece with just a hint of the mouthpiece visible over the tip of the reed. When the tip of reed and mouthpiece is already line up, tighten the bottom screw of ligature.





Here you go! This is full CLARINET after we assemble it together.






REFERENCES

Teaching woodwinds
A method and resources handbook for music educators.
William Diets D54, 1997

https://canadianclarinet.wordpress.com/2012/12/02/cork-grease/

Thursday, October 2, 2014

Cabaran Baru Sem 3

Pejam celik pejam celik, haaa aku dah sem 3 dah tapi perjalanan aku masih jauh kehadapan di mana akan ku tempuh 5 sem lagi. Hamboi. Sem 3 nie memang agak mencabar sikit sebab ada subject killer 'Tonal Harmony'. Tu baru Tonal, belum Modern lagi. Sem lepas kelas Brass technique dahlah dapat rendah markah sbb aku memang tak main instrument Brass pun. Aku ingatkan dah sem 3 nie ada kelas Woodwind technique, aku boleh score sbb memang major aku tapi haraamm nak mimpi dapat gred A. Tak pasal2 nanti kang dapat C+ mati aku wehhh. Kelas nie aku terpaksa ambik clarinet sebab dah takde saxophone dan piccolo lagi. Sedihh wehh! Huntonglah yg dapat tiup. Knplah aku nie bodoh sangat. Tak dapat nak challenge roomate. Masih pada tahap yang rendah. Wallahualam untuk result sem 3 nie. Taktau nak score mcm mana. Dahlah main flute tak pandai terer2 padahal aku dah rajin practice. Memang sangat mencabar sem 3 nie. Belum sampai sebulan, duit PT aku dah habis dah. Dahlah tuu, segan lagi nak mintak family. Sakit hati! Taktaulah kenapa. Allah saja yg boleh faham. Keep praying jelah.

Thursday, May 1, 2014

Program Pembelajaran Experiental (KKD 2063)

Assalamualaikum everyone. Hello :) Sorry lama tak update status. Sebenarnya banyak perkara yang nak di coretkan tetapi lupakanlah. Saya nak story pasal Program pembelajaran Experiental nie. Program ini berjalan selama 2 hari iaitu 24/25 April 2014. Nak di jadikan cerita, program ini sangat menarik dan mencabar. HONESTLY, pada awalnya saya rasa program ini sangat membosankan dan tidak menarik kerana saya malas nak berbbual dengan orang yang baru saya kenal. Saya sangat berharap pada masa itu, saya dapat sekumpulan dengan semua coursemate saya. Apakan daya, memang kami tiada jodoh untuk bersama. Ceh, jiwang pulok dah! hehe :p

Pada awalnya, kami diberi 16 kumpulan di mana kumpulan ini terdiri daripada peserta dari pelabagi bidang, bangsa dan budaya. Saya memang sangat gugup dan malu dengan ahli kumpulan saya, tetapi saya cuba untuk menahan dan kontrol rasa malu tu dan cuba berbual dengan rakan baru. Alhamdulillah ada yang memberi respon yang positif. Sebenarnya, saya malu akan bahasa dan loghat yang saya guna kerana bahasa terlalu kasar dan baku. Tetapi alhamdulillah mereka boleh faham : yeayyyy!

Saya cuba mengenal tingkah laku yang di tunjukkan oleh rakan sekumpulan. Ada yang sekepala dengan saya, ada yang kurang tetapi saya gembira kerana mereka memberi tindak balas yang positif. Alhamdulillah. Nak di jadikan cerita, kami membuat banyak aktiviti berkumpulan dalam dewan tersebut. Contoh aktiviti yang kami lakukan ialah moto mania, dan sebagainya.

Selepas itu, kami di minta untuk membuat khidmat masyarakat atau bantu amal untuk mencari wang bagi menderma atau memberi sumbangan kepada rumah anak yatim. Mulanya, dalam satu kumpulan mempunyai 12 ahli. Kami sangat sukar untuk mencari rumah atau tempat yang meminta pertolongan. Akhirnya kami memutuskan untuk berpecah kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama akan bergerak sekitar Pintu Timur, manakala sekumpulan lagi bergerak sekitar Pintu Utara dan Selatan. Alhamdulillah syukur, dengan membuat kerja dan menolong membersihkan kawasan rumah orang, kami dapat mengumpuk rm174 wang. kami bersyukur dan berbangga kerana kami mampu mengumpul wang tersebut hanya dalam masa 3 jam saja.

Akhir sekali, kami menjadi kumpulan terbaik top 5. syukur alhamdulillah saya mendapat rakan kumpulan yang spoting, bijak, berani dan sabar. Saya sangat berbangga dengan rakan-rakan saya yang telah memberikan komitmen yang padu dan sangat komited. Terima kasih atas kerjasama yang telah anda berikan. Saya sangat menghargai perkenalan kita semua. Keep loving, keep supporting each other. Love y'all :)

Ahli kumpulan saya kumpulan 12
HUDA
FARAH
YAN
ERBY
DINIE
AZAM
RIL
YIN
IMAH
SIHA

My lovely coursemate

Mengemas rumah pemilik kedai ANGAH ICT


Kerjasama dalam kumpulan :)






Tuesday, April 22, 2014

KKD 2063 (Pembangunan Sahsiah)


1.1       Pengenalan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada 'bloggerians' sekalian. Kami pelajar dari fakulti muzik dan seni persembahan menjalankan tugas bagi subjek Pembangunan Sahsiah (KKD2063) yang bertajuk Isu sahsiah Guru. Kami berharap blog kami akan membawa manfaat kepada bakal-bakal guru atau pengguna laman sosial untuk mencari maklumat.

Sirih Berlipat sirih pinang,
Sirih dari pulau mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka kata.







Profesion guru merupakan profesion yang sangat mulia dalam proses pembangunan masyarakat dan negara. Dalam era globalisasi sekarang, peranan dan tanggungjawab guru semakin mencabar.
             Menurut Kamus Pelajar (2008), guru ialah orang yang kerjanya mengajar, pengajar dan pendidik. Seorang guru haruslah memiliki ciri-ciri yang unggul sebagai penyampai ilmu, pembimbing, penyemai nilai murni, pemberi pedoman hidup dan teladan kepada pelajar. Guru sebagai pendidik haruslah mempunyai iltizam untuk mencapai aspirasi-aspirasi yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru harus bersedia untuk melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran baru bagi melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Selain itu, guru perlulah sentiasa menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajar agar mereka dapat menuju ke arah hakiki. Bimbingan, kasih sayang dan asuhan guru, dapat melahirkan insan yang bersikap penyayang dan berfikiran terbuka. Pelajar yang bersahsiah mulia dapat menjanakan pembangunan negara.
            Isu sahsiah guru yang dihadapi oleh ahli kumpulan terdapat sahsiah guru positif dan negatif. Sahsiah guru positif adalah perkara yang dilakukan oleh seorang guru yang dapat dibanggakan dan meningkatkan profesion perguruan. Sebagai contohnya, guru sanggup mengorbankan masa cuti sekolah dengan mengajar pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan SPM dengan memberikan tuisyen percuma. Selain itu, sahsiah guru positif yang didapati adalah amanah, dedikasi, penyayang, bijaksana dan sebagainya.
            Isu sahsiah negatif adalah segala isu yang berkaitan perkara yang tidak dijangka dan memalukan bidang pendidikan. Isu sahsiah guru negatif yang biasa kelihatan ialah penyalahgunaan masa guru. Walaupun isu tersebut kelihatan remeh tetapi tanpa pengawasan daripada pihak-pihak bertanggungjawab, hal ini akan membawa kesan buruk kepada pelajaran pelajar. Kita juga kerap kali dikejutkan dengan isu-isu negatif mengenai sahsiah guru. Antaranya ialah isu guru rogol pelajar, guru dera pelajar, guru ponteng sekolah dan sebagainya. Isu-isu ini merupakan tindakan keterlaluan dan memalukan warga guru. Hal ini juga menyebabkan profesion perguruan tidak dipandang oleh 



2.1       Kepentingan Produk
Kumpulan kita memilih untuk menghasilkan produk Kit Pembangunan Sahsiah iaitu blog. Pada zaman yang canggih dengan teknologi, blog memainkan peranan yang penting dalam menyebar dan berkongsi maklumat. Blog digunakan untuk memberi informasi kepada masyarakat umum tentang isu sahsiah guru yang berlaku di Malaysia. Blog ini dapat memberikan pendedahan kepada bakal guru tentang sahsiah seorang guru yang harus diamalkan. Hal ini dapat mengelakkan bakal guru mencontohi dan mengamalkan sahsiah negatif  yang mendatangkan kesan buruk dalam bidang pendidikan.
            Selain itu, guru boleh menggunakan blog untuk bertukar maklumat dengan guru lain dan dijadikan alat bantuan pembelajaran untuk menyebarkan maklumat yang berfaedah.
            Melalui blog, pelajar-pelajar juga tidak jemu untuk membaca maklumat yang disebarkan. Hal ini disebabkan blog lebih menarik berbanding dengan surat khabar, buku dan majalah yang hanya terdapat tulisan sahaja. Blog digunakan untuk berkongsi perasaan, pengalaman, pengetahuan dengan menggunakan video, lagu, gambar dan tulisan.


3.1 Penghasilan Blog
            Blog atau produk yang kami hasilkan adalah melalui Etika Perguruan dan Standard Guru Malaysia, Teori Belajar Humanistik dan Teori Maslow. Kami memilih untuk membincangkan tentang isu yang jarang disentuh dalam akhbar atau sumber bacaan ilmiah seperti majalah Dewan dan sebagainya. Selain itu, kami juga membincangkan tentang sahsiah positif dengan mengaitkan Teori Belajar Humanistik dan Teori Maslow. Di dalam Etika Perguruan dan Standard Guru Malaysia terdapat beberapa pekara yang menyentuh tentang aspek penggunaan masa dalam kalangan guru.
            Melalui blog yang kami hasilkan, bakal guru-guru dan guru-guru terdedah dengan info yang kami berikan bahawa sahsiah yang membangun adalah sangat penting dalam mencurahkan ilmu kepada masyarakat.    


4. Pendekatan Etika Perguruan dan Standard Guru Malaysia.
4.1 Etika perguruan (isu sahsiah positif)
Guru-guru haruslah menepati setiap etika yang terkandung dalam Etika perguruan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Terdapat beberapa etika dan tanggungjawab dalam profesion perguruan iaitu,
a) Etika perguruan.
b) Etika Kerja KPM.
c) Nilai-nilai Utama Kerja KPM.
d) Etika Profesion Perguruan.
e) Peranan seorang Guru.
f) Aspek dalam etika perguruan.



4.2 Pekeliling mengenai Etika dalam profesion perguruan
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan pekeliling mengenai etika dalam profesion perguruan. Di dalam pekeliling tersebut, terkandungnya Etika Pengurusan Masa yang perlu dipatuhi oleh guru-guru di Malaysia. Etika pengurusan masa menyentuh tentang waktu kehadiran guru-guru ke sekolah, ketika memasuki kelas, mengajar mengikut jadual waktu, semak buku latihan murid dan memberi bimbangan. Dalam hal ini, guru perlulah mematuhi segala pekeliling yang diisukan oleh KPM agar dapat menjana sahsiah positif dalam kalangan pendidik serta dapat menggunakan masa tersebut untuk memberikan didikan yang secukupnya kepada murid-murid di sekolah.



4.3 Komponen standard
Komponen standard adalah penyataan tentang komponen yang perlu dicapai oleh guru untuk menghasilkan pendidik yang memenuhi standard perguruan di Malaysia. Terdapat tiga perkara dalam Komponen Standard yang utama iaitu,
a) Amalan Nilai profesionalisme keguruan.
b) Pengetahuan dan kefahaman
c) Kemahiran Pengajaran dan pembelajaran.

4.3.1 Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran
Seperti yang telah disentuh dalam artikel, bahawa sebahagian guru membuang masa ketika mengajar dan sebagainya. Perkara seperti ini dapat dibendung jika guru tersebut menerapkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dengan kaedah-kaedah yang sesuai. Apabila guru Berjaya merancang pengguna masa dengan betul, maka proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancer, bermakna dan berkesan.



6.1 Isu Sahsiah Guru
Isu sahsiah guru dapat dilihat daripada pengertian yang diberikan terhadap dua perkataan iaitu ‘isu’ dan ‘sahsiah’. Terdapat pelbagai isu yang diketengahkan mengenai sahsiah seseorang yang bergelar guru. Guru diberi amanat untuk mendidik anak bangsa, membentuk mereka menjadi insan yang berketerampilan dan sebagainya.
            Berdasarkan Arshad Khan (2001) yang memetik kata-kata Datuk Mahadzir Mohd. Khir memberitahu bahawa dari tahun 1995 hingga 2001, sebanyak 41 kes keruntuhan moral membabitkan guru dilaporkan. Berdasarkan link video yang telah dikongsi, tindakan yang dilakukan oleh guru tersebut sangat mencabar kredibiliti profesion perguruan.

  1. Sahsiah negatif
  •        Penyalahgunaan masa
Isu semasa: Isu profesionalisme guru

http://kembarailmuupsi.wordpress.com/tag/semasa/




Sumber: Kembara Ilmu Upsi
 guru tidak menepati masa memasuki kelas, guru tidak menyampaikan isi pengajaran dengan bersungguh-sungguh, guru mengajar tidak mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian, guru tidak menepati masa keluar daripada kelas, guru menggunakan masa di sekolah dengan melakukan kerja yang tidak berkaitan dengan pendidikan misalnya melayari facebook, ber’chatting’, bergosip, melepak di kantin, guru melakukan kerja sambilan di malam hari (misalnya mengajar tuisyen, berniaga di pasar malam) hingga menjejaskan produktivitinya dalam menyampaikan P&P di siang hari dan banyak lagi."

Petikan dari blog Kembara Ilmu Upsi, penulis memiliki pengalaman masa lampau sebagai seorang pelajar dan memberikan pendapat tentang isu-isu sahsiah yang tipikal dalam kalangan guru. Salah satu isu profesionalisme dalam kalangan guru yang kerap terpampang pada muka akhbar adalah penyalahgunaan masa. Penulis menyatakan bahawa, guru menggunakan masa terluang untuk melakukan aktiviti yang kurang berfaedah ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.

Isu profesionalisme ini dapat dibendung melalui penerapan teori-teori yang bersesuai dengan masalah yang dihadapi di setiap sekolah. Pengurusan bilik darjah berada pada tahap yang kurang memuaskan, perkara ini akan menyebabkan proses P&P kurang efektif untuk dijalankan. Dalam hal ini, isu penyalahgunaan masa dapat dibendung dengan menerapkan Etika Perguruan dan Standard Guru Malaysia dalam diri guru agar dapat membangunkan ciri-ciri sahsiah yang positif.



  •        Guru memukul pelajar sambil merokok



Seorang guru tidak segan memukul kepala pelajar di kepala berkali-kali sambil merokok.


Berdasarkan link video yang kami perolehi daripada you tube, video tersebut memaparkan tentang isu sahsiah guru yang negatif. Kejadian ini berlaku di Kota Jayapura, Indonesia pada tahun 2013 dan mengaitkan isu sahsiah seorang guru yang negatif.


Sahsiah guru tersebut boleh dikaitkan dengan personaliti berdasarkan  teori-teori aliran psikodinamik yang menekankan kepentingan pengalaman masa lampau di zaman kanak-kanak dan pengaruhnya kepada pembentukan tingkah laku seseorang apabila dewasa. Berdasarkan video tersebut, kemungkinan pengalaman masa lampau guru tersebut menggambarkan keadaan tempat membesar yang kurang baik dan harmoni. Hal ini menyebabkan tingkh laku guru tersebut lebih cenderung untuk melakukan  tindakan dengan memukul pelajarnya tanpa berfikir panjang.
            Dalam teori ini, freud mengatakan dan percaya bahawa individu yang mengalami masalah dipulihkan dengan membawa pemikiran-pemikiran atau dorongan-dorongan pada tahap tidak sedar kepada sedar dan seterusnya memperolehi celik akal. Kaedah menyelesaikan  isu ini ialah, melakukan proses psikoterapi melepaskan emosi atau pengalaman lampau. Dalam teknik ini, pelbagai teknik sebagai galakan kepada guru tersebut untuk mendapat celik akal dari tingkah laku dan simptom-simptom yang ditunjukkan oleh guru tersebut. Teknik yang sering digunakan dalam teori ini adalah seperti ‘parapraxes’, perkaitan bebas, interprestasi, analisa mimpi resistan dan transferen.




  •     Guru tumbuk empat pelajarnya hingga berhamburan darah



SITIAWAN - Empat pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah di sini melalui detik menakutkan apabila seorang guru lelaki mengamuk dan bertindak membelasah mereka sehingga mengalami kecederaan kelmarin.
Dalam kejadian pukul 5 petang di makmal komputer sekolah itu, guru berkenaan didakwa menendang sebelum menumbuk dua pelajar lelaki dan dua pelajar perempuan.
Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun mendakwa, dia ditendang di muka oleh guru tersebut hanya kerana tidak membawa buku latihan.
"Akibat perbuatan guru tersebut, saya mengalami pendarahan di bahagian dagu dan dibawa oleh dua orang rakan ke bilik guru untuk membuat laporan.
"Saya sempat memaklumkan kejadian tersebut kepada keluarga sebelum mereka datang membawa saya untuk membuat laporan polis," ceritanya.
Seorang lagi mangsa yang merupakan pelajar perempuan mendakwa, dia menerima nasib sama apabila guru yang bagaikan dirasuk bertindak keluar dari makmal komputer dan menumbuk lima kali di bahagian mukanya.                                                                                                
Sumber: Kosmo! Online
Media massa sering memaparkan berita tentang guru memukul pelajar tetapi tidak pernah kita dengar tentang seorang guru dalam 20 minit di dua tempat dalam sekolah melakukan kasar terhadap pelajarnya dengan menumbuk dan menendang pelajarnya hingga cedera dan berhamburan darah. Kes pertama ialah sekumpulan pelajar perempuan tingkatan satu bermain air di luar kelas dan air terkena guru. Tiba-tiba guru ini mengamuk dan menumbuk salah seorang pelajar mengakibatkan mata dan hidung pelajar bengkak, mulut berdarah, cermin mata pecah dan dihantar ke hospital untuk dirawati. Kes dua ialah pelajar tidak membawa buku latihan untuk kelas komputer, guru tersebut terus menendang ke muka pelajar dan mengamuk hingga dua pelajar lain juga ditendang.
           
Kejadian sedemikian menyebabkan imej profesion keguruan terjejas di mata masyarakat akibat kesalahan yang dilakukan oleh segelintir guru. Hukuman atau tindakan yang dilakukan oleh guru tersebut telah keterlaluan.  Sebagai seorang guru, kami haruslah mematuhi etika perguruan dengan mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu dalam keadaan tidak rasional. Tindakan disiplin tidak harus menimbulkan sifat marah ataupun dendam yang mendalam kerana keadaan ini menggagalkan tujuan sebenar hukuman dikenakan. Kejadian ini menimbulkan kesan buruk di jiwa pelajar kemungkinan mereka akan mengalami kemurungan dan masalah psikologi. Oleh itu, guru haruslah berpegang kepada nilai murni dengan mengelakkan diri daripada nafsu marah dan bertindak terburu-buru.



  2.    Isu sahsiah positif

  •      Guru komited mendidik anak bangsa







Aplikasi Teori Belajar Humanistik
Pembelajaran merupakan salah satu penekanan yang penting dan bersifat eklektik. Tujuannya adalah memanusiakan manusia atau mencapai aspek kesedaran dalam diri. Menurut aliran humanistik, para pendidik seharusnya melihat keperluan yang lebih tinggi dan merancang pendidikan serta kurikukum untuk memenuhi keperluan-keperluan ini. Beberapa ahli psikologi humanistik melihat bahawa manusia mempunyai keinginan semula jadi untuk berkembang, untuk menjadi lebih baik, dan juga untuk belajar.
            Dengan menggunakan teori belajar Humanistik, seorang guru mengaplikasikannya untuk menjadi seorang guru yang sentiasa berdedikasi dan meletakkan setiap anak didik itu sebagai aset berharga untuk negara. Berdasarkan artikel tersebut, menunjukkan peranan seorang guru dalam meningkatkan prestasi pelajar. Oleh itu, dalam hierarki keperluan Maslow dapat membantu guru memahami siswa dan menciptakan lingkungan untuk meningkatkan pembelajaran. Kemampuan bertindak positif ini yang disebut sebagai potensi manusia dan para pendidik yang beraliran humanistik biasanya memfokuskan pengajarannya pada pembangunan kemampuan positif ini.

  • Guru Penyayang

video ini berkisarkan tentang sebuah kisah di mana, seorang guru penyayang yang tabah mendidik pelajarnya, walaupun pelajar tersebut mempunyai masalah disiplin. Seorang guru mampu mengubah pelajarnya menjadi seorang insan yang berjaya. Oleh itu, seorang guru haruslah mempunyai ciri-ciri penyayang dan peduli akan masalah yang dihadapi oleh pelajarnya. 



Tingkah laku yang ditunjukkan oleh seseorang guru dapat mempamerkan sahsiah dirinya. Tingkah laku ini terhasil daripada pemikiran dan keadaan emosi seseorang di dalam sesuatu situasi ketika itu. Terdapat dua kategori tingkah laku yang ditunjukkan oleh para guru iaitu pertama, tingkah laku yang buruk atau tingkah laku negatif  dan kedua, tingkah laku yang baik atau positif.

Salah satu ciri sahsiah unggul yang terdapat dalam nilai murni Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) (2003) adalah penyayang. Guru yang mengamalkan nilai ini bersifat bertimbang rasa dan suka mengambil berat dalam melaksanakan tugas. Menurut hierarki keperluan Maslow, kasih sayang adalah satu keperluan asas yang perlu dipatuhi dan sesuatu yang penting dalam proses perkembangan dan kehidupan. Program Amalan Guru Penyayang merupakan hasrat KPM melahirkan semua guru yang mengamalkan budaya kasih sayang di sekolah.

 Dalam kajian Rohani Arbaa dan Nordin Abdul Razak (2010), mendapati hubungan guru dengan pelajar dikenal pasti sebagai ciri kualiti guru yang menjadi peramal terbaik bagi meningkatkan komitmen pelajar. Menurut Good dan Brophy (2002), guru yang mesra dengan pelajar dapat bekerjasama dengan murid-muridnya dalam menjayakan aktiviti di dalam bilik darjah. Guru yang dapat berhubung baik dengan murid-muridnya akan dapat mengenal pasti kebolehan murid-muridnya. Hal ini membolehkan guru membantu murid memperbaiki prestasi akademik mereka. Media massa sering memaparkan tentang kejayaan dan kecemerlangan pencapaian akademik para pelajar menunjukkan salah satu cara kejayaan dicapai oleh pelajar keranan mempunyai hubungan yang baik dengan guru. Peningkatan prestasi murid akan menyumbang kepada peningkatan konsep kendiri mereka.

Masalah disiplin di sekolah yang berlaku di sekolah boleh ditangani apabila wujudnya sekolah penyayang. Pelajar-pelajar yang bermasalah, khususnya disiplin, diberikan bimbingan melalui sistem mentor-mentee, iaitu program “Pelajarku Anakku”. Impaknya, pelajar lebih berminat untuk datang ke sekolah setiap hari tanpa berasa sebarang tekanan serta mempunyai hubungan akrab dengan guru dan pihak sekolah.

Kesimpulannya, Program Guru Penyayang dapat melahirkan guru yang bersifat prihatin dan menyayangi murid secara ikhlas. Guru yang bersifat penyayang dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi rohani, emosi, intelek, jasmani dan disiplin diri yang tinggi.

7. Kesimpulan




Pelbagai isu yang  berkaitan dengan sahsiah guru sering dipaparkan melalui media massa. Berdasarkan tugasan projek ini, kita didedahkan dengan pelbagai maklumat yang berkaitan dengan isu sahsiah guru dan pengalaman yang dialami oleh kita. Sebagai seorang bakal guru, kita juga mengetahui tentang kod etika profesion perguruan dengan jelas dan mematuhinya.
            Melalui tugasan projek ini, kita boleh berfikir secara kreatif untuk menangani setiap masalah yang berlaku. Kita juga mempelajari tentang kemahiran baharu semasa menghasilkan produk ini iaitu membina sebuah blog laman ilmu secara berkumpulan.
            Perlakuan seorang guru sentiasa diperhatikan dan ditiru oleh pelajar. Hal ini disebabkan guru merupakan cermin keperibadian pelajar. Guru yang bersahsiah unggul dapat membantu untuk melahirkan modal insan yang berkualiti, berketerampilan dan berperibadi mulia. Isu sahsiah dapat dielakkan berlaku jika setiap guru mematuhi kepada etika perguruan, Standard Guru Malaysia dan nilai murni Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) (2003). Oleh itu, guru-guru haruslah mengamalkan nilai profesionalisme keguruan untuk  meningkatkan imej profesion perguruan di Malaysia yang sesuai dengan aspirasi negara dan masyarakat.

Nama: Miraihani Binti Muhinin

No Matrik: D20131064097

Nama: Keng Ann Nie

No Matrik: D20131064086

Nama: Fera Mesol

No Matrik: D20131064101

Nama: Muhammad Nur Aliff Firdaus Bin Jaafar

No Matrik: D20131064079


KUMPULAN : C
PENSYARAH : En. Che Anuar bin Che Abdullah



Tup! Tup! Tup! Dah sampai kesimpulan kan? Tak pelah, nanti rajin-rajinlah view blog kitorang ye. Harap kerjasama anda semua. Terima kasih viewer sekalian.
Powered By Blogger